DISEMBER 2023

Pendidikan Percuma Semua Universiti Milik Kerajaan Sarawak Mulai 2026


SIBU: Kerajaan Sarawak komited memberikan pendidikan percuma di semua universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya mulai 2026.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini bagi membantu ibu bapa dan pelajar yang kurang bernasib baik.

"Komitmen ini dibuktikan menerusi inisiatif pendidikan percuma kepada lebih dari 25,000 pelajar di semua universiti milik Kerajaan Sarawak dan IPT mulai 2026," katanya 

Abang Johari berkata demikian semasa Majlis Konvokesyen Kelapan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini.

Abang Johari yang juga Pro Canselor UTS berkata, antaranya UTS yang diiktiraf sebagai institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) terkemuka di negara ini. 

Katanya, UTS tidak hanya menghasilkan ramai graduan, tetapi secara konsisten menghasilkan profesional berkualiti yang sangat diperlukan oleh majikan. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UTS, Datuk Dr Annuar Rapaee, Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid, Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTS, Prof Ir Ts Dr Mohammad Shahril  Osman, Pengerusi Jawatankuasa Konvokesyen UTS Kelapan dan yang juga Dean, School of Computing and Creative Media, Prof Madya Ts Dr Alan Ting Huong Yong.

GAMBAR: JABATAN PREMIER SARAWAK

Sumber dari : Jiwa Bakti